Himpunan Artikel

Blog ini menghimpunkan artikel-artikel pilihan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Home

Palestin : Kesaksian Tentera Israel Mengungkap Sisi Pembantaian Mengerikan di Semenanjung Gaza

Posted by Ikhwanul Mujahid on March 19, 2009 at 6:54 AM Comments comments (0)

paksi.net, 21/03/09 - Pembunuhan kejam .. Pengusiran paksa seluruh keluarga dari rumah-rumah mereka .. Pembunuhan sengaja kepada anak-anak, perempuan dan orang tua .. Tulisan ungkapan-ungkapan caci maki pada dinding rumah-rumah di Semenanjung Gaza setelah semua isinya dihancur leburkan.. dan lain-lain, itulah rangkaian kata kamus kekejaman yang diusung pasukan penjajah Zionis dalam serangannya yang terakhir ke Semenanjung Gaza yang tersekat.

Rangkaian kata ini tidak diungkap oleh badan penyelidikan antarabangsa atau lembaga-lembaga hak asasi manusia yang mengusir zionisme di setiap jengkal dari dunia. Namun hal ini diungkap oleh lisan para tentera Zionis Israel sendiri.

Kesaksian yang membuat tubuh menggigil disiarkan oleh akhbar Israel "Haaretz", Khamis (19/3). Dalam laporan ini para tentera Israel berbincang tentang serangan mereka membunuh orang awam Palestin dan bidikan tembakan pada mereka tanpa batasan dan pemusnahan semua harta benda mereka secara sengaja.

Surat khabar Israel ini melaporkan bahawa para tentera memberikan kesaksian mereka pada persidangan yang dianjurkan oleh "Sekolah Persediaan Tentera" di Akademi Zionis "Oranim" di utara Palestin terjajah pada 13 Februari yang lalu.

Sidang ini dihadiri oleh puluhan lulusan sekolah tentera yang bertugas di unit tempur tentera Israel. Mereka turut serta secara "aktif" dalam serangan Zionis di Semenanjung Gaza antara 27 Disember hingga 18 Januari dan mengakibatkan lebih daripada 1400 Palestin gugur dan 5500 lagi cedera dan kerosakan yang sangat dahsyat.

Menurut surat khabar Israel ini, dua orang juruterbang pesawat tempur dan para tentera di angkatan darat tentera Israel berbincang dalam sebuah persidangan – yang dimuat secara ringkas di Buletin alumni sekolah tentera yang diterbitkan minggu ini – tentang kesaksian yang jauh sekali daripada dakwaan-dakwaan pemimpin tentera Zionis dan para jurucakapnya selama ini, yang tidak pernah lalai berusaha menipu pelbagai media massa dengan dakwaan-dakwaan mereka bahawa para tentera mereka sepanjang operasi tentera sangat menitikberatkan etika dan moral pertempuran yang tinggi di semua sudut.

Fatwa tentang rokok

Posted by Ikhwanul Mujahid on March 18, 2009 at 5:34 PM Comments comments (0)

Semalam.


Turun dari bas saya terjumpa dengan sebuah artikel berkenaan rokok di tepi longkang. Saya kutip ia. Baca sejenak dan buang dalam tong sampah yang di sediakan.


Artikel ini memang sudah lama kita ketahui,tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menyedarkan perokok-perokok tentang bahayanya merokok.


Tetapi di dalam artikel itu hanya menjelaskan bagaimana rokok boleh membahayakan kesihatan. maka disini suka untuk saya memetik beberapa fatwa ulama' terkemuka tentang rokok dan merokok.


1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Qur’an dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).


Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.


Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari’at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.
Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.
Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.


2. Syeikh Muhammad bin Ibrahim


Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan,
“Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157).
Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat. Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada jamaah solat.


3. Dr Yusuf Qardhawi

Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.


4. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)


MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.

Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, “Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam perihal haramnya rokok.”
Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Qur’an dan sunnah terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.
Bagi jenis pertama, ayat Al-Qur’an dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (Al-Maidah: 3).
Dan firman-Nya, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu.” (Al-Maidah: 90).
Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

Sumber: Program Nur ‘alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.


Bicara Hati

Ketahuilah, dalam kita berusaha untuk membaiki diri, syaitan juga tanpa putus asa berusaha untuk terus dan terus menyesatkan dan merosakkan kita..di sinilah perjuangan bermula dan pengorbanan ditagih. Ayuh, berjuanglah dan berkorbanlah demi mendapat redhaNya. Sungguh beruntung sesiapa yang mendapat keredhaanNya biar pun jiwa terkorban-Ikhwanul Mujahid

Seuntai Kata Untuk Dirasa

Lupakanlah segala yang terjadi dan bangunkanlah hidup yang baru dan jangan lagi menghampiri daerah yang memungkinkan engkau jatuh sekali lagi.-Hamka

Quote of the Day

Quote of the Day

Selamat Datang

Mari Berdoa


Doa belajar Imam Al Haddad

Aku niatkan untuk belajar dan mengajar,
mengambil dan memberi manfa'at,
mengambil dan memberi peringatan,
mengambil faedah dan memberi faedah,
berpegang teguh pada Kitab Allah
dan sunnah Rasulullah sallahu alayhi wassalam,
menyeru kepada petunjuk,
menunjuk ke arah kebaikan,
menuntut dan mencari keredhaan Allah,
mendekatkan diri dan mendapatkan balasan dari-Nya.
Amin.

Recent Blog Entries

by Ikhwanul Mujahid | 1 comments
by Ikhwanul Mujahid | 0 comments
by Ikhwanul Mujahid | 2 comments

Recent Forum Posts

No recent posts

Suburkan Cinta KepadaNya

Mari Solat Berjemaah